SEDIM VISTA

Sedim Vista (Homestay & Chalet) merupakan satu kawasan rehat dan perkhemahan alam semulajadi  yang unggul terletak di Kawasan arus deras Sungai Sedim yang terkenal di negeri Kedah Darulaman. Sedim Vista berada di sepanjang anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau dan berdekatan dengan Tree Top Walk, yang merupakan laluan kanopy jalan kaki terpanjang di dunia meliputi jarak hampir 1 km.
Sedim Vista yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kulim Hi-Tech Park dan 45km dari Butterworh dan Sg.Petani merupakan destinasi rekreasi dan pelancongan serta perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi di pinggiran jeram dan pinggiran hutan bukit bukau diliputi flora dan fauna yang menyejukkan dan mempersonakan setiap pengunjung. Keindahannya akan mengkagumkan anda.
Sedim Vista menyediakan prasarana homestay/chalet berkonsepkan kayu (tradisional) sesuai dengan keadaan alam sekeliling di pinggiran bukit dan ditepian jeram Sungai Riyau. Kemudahan2 yang disediakan di Sedim Vista amat sesuai bagi mereka2 yang ingin menjalankan aktiviti2 berikut:-
1)    Berehat dan bercuti
2)     Seminar & Team Building
3)    Aktiviti Kursus
4)    Tapak perkhemahan dan Campfire
5)    Hari Keluarga
6)    Kem Remaja dan Motivasi
7)    Aktiviti Lasak seperti Sukan Air, Jungle Trekking, Kayak dsb.


Kami di Sedim Vista 

mengalu-alukan kedatangan anda semua





HAK MILIK © Sedim Vista
Theme by Rosli & Ruzaini Sponsored by Sedim Vista